Jan 11, 2011

kemaafan dendam yang terindah...

..huhuhu....MAAF, SORRY, AMPUN,kata-kata yang mudah dilafazkan sebenarnya tapi apakah ianya mudah untuk diberikan kepada mereka yang memohon?dan mudahka jua kalau nak beri maaf kepada orang yang tak memintanya kerana dia tak pernah rasa dia bersalah...?layakkan orang itu diberi maaf??mesti ramai akan jawab, bergantung kepada keadaan dan kesilapan la kan....dan ketika memohon kemaafan, orang akan guna pepatah 'sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita sesama manusia'....semata2 untuk meraih kemaafan. itu kalau dia merasakan kesilapannya hanya lah sebesar zarah...walaupun sebesar zarah, ia tetap kesalahan...dan kadang2 yang sebesar zarah itulah yang meninggalkan kesan yang paling dalam di hati...

owhh..inilah gara2 aku tengok talk show dr fadzillah kamsah 'selami jiwa' semalam la ni...kepala hotak ku mula berfungsi kembali dan pita kenangan pun mula berputar..dan maka...hujan panas la no 5, jalan seri merdeka 5, ampang...huwaaa....adoii...nampak cam ganas, tapi hati kuntom..aduyaii...agaknya idea menjual tisu itu sangat sesuai dengan aku kerana aku memang ratu air mata kan....hahaha...hampehhh...

pendendam kah aku kalau aku tidak memaafkan dia?layakkah dia mendapatkan kemaafan dari aku sedangkan tak penah sepatah ungkapan maaf itu kuar dari mulut dia?layakkah orang yang menjatuhkan maruah aku mendapat kemaafan walaupun dia tak mintak..??aku sendiri pun tak pasti apakah aku mampu untuk memaafkan dia dan melupakan segala yang telah dia lakukan pada aku yang comei ini...?huhuhu....

penah member aku tanya, naper aku tak maafkan dia, sudah2 la tu. tak ucap selamat pengantin baru ker??jawapan yang aku bagi mudah saja...dia tak penah mintak maaf kat aku naper aku nak maafkan dia....aku tak doakan kemusnahan dan kehancuran hidup dan umahtangga dia pun dah cukup bagus....berita perkahwinan dia tu, memang aku tak heran langsung..tak memberikan kesan apa2 dalam hidup aku.tapi perbuatan dia dan langkah dia menjatuhkan maruah aku itu yang aku tak leh terima. ianya melibatkan maruah aku...sampai orang yang kenal aku pun, mula sangsi dengan kisah yang direka olehnya...apa yang aku tahu, Tuhan tau apa yang berlaku. patutnya itu memadai, tapi..mulut tempayan boleh kita tutup, mulut orang..??pandangan orang terhadap diri aku...??

aku melangkah ke shah alam untuk menggantikan seorang member aku yang bersalin dan selama dia berpantang aku la yang akan menjadi petugas sementara di shah alam.kawan2 di shah alam banyak dah cerita mengenai perangai sorang2 rakan2 media lain di sana, supaya mudah aku untuk bergaul. lagipun aku budak baru di sana, so kenalah memahami dan mengenali, senang nak approach.biasalah bagi reporter yang p tempat baru kan..nasib aku diterima baik, apatah lagi ada sorang member aku dulu kami sama2 bertugas di perlis. aku bertemu Y petama kali di asignment MIC. diperkenalkan oleh kawan aku. okayla...have small chit chat, biasa2 kenal2 kata orang. lepas asignment aku pun balik la. kawan aku tadi sudah sms aku, kata Y ni tetiba teringin sangat hati nak berkenalan dengan aku, katanya sudah jatuh hati, jatuh cinta pandang pertama...masa tu, geli ketiak geli perut geli usus aku dengaq...gila punya manusia macam ni pun ada. siap minta number tepon..yang tadi depan mata aku awat tak minta. lagipun perkara biasa la kalau reporter minta number sesama reporter kan..okayla..aku bagi jer la..sebagai kawan kerja..masa tu tak terlintas di pikiran aku, niat nak berkenalan lebih rapat itu sebagai satu yang serius. aku anggap main2 jer laa..biasala lelaki kan....lepas tu aku pun citer la kan member aku kat upis..terus diorang sound aku dan cerita la serba sedikit tentang Y ni...siap warning dah kat aku...aku pun terima amaran itu dengan baik2...so..dah dapat number tepon, Y mula la sms, YM dan segala apa saja media yang ada. kami cam biasa jer..bagi aku luka lama sebab nak bertunang tak jadi tu, masih aku terasa...jadi...untuk menjalinkan hubungan baru adalah sesuatu yang amat mustahil. tapi untuk menjadi sahabat, aku bisa tuh...satu malam,masa tu aku tumpang bilik member aku yang nak p ltdl, satu malam, dah agak lewat, Y tepon aku...dengan nada suara cam ada masalah jer..so, kata nak jumpa...aku pun turun la, kebetulan hotel dekat jer dengan tempat minum. so lepak2, dia pun citer la masalah dia.masalah cinta...hahaha...awek lari dengan orang lain..dan dia tak leh lupakan awek tu..lepas tu yang paling dia tak leh nak terima, siang tadi, terserempak awek dengan lelaki lain...simpati betoi aku dengan masalah dia. mana taknya, muka dia memang sedih sangat, dan ada airmata yang bertakung dalam mata.aku just nasihatkan dia, life must go on. dah orang tak nak, sudah. jangan sekali2 kita tunjuk lemah depan orang tu. patutnya kita kena tunjuk, kita jugak mampu happy walaupun dah kena tinggai. sambil aku pesan kat dia tu, aku pesan pada diri aku sendiri. sejak malam tu, dia dah mula berani ajak aku makan. dan aku takla makan berdua, aku mesti bawak kengkawan aku sekali. dia sanggup panjat tangga upis aku, sanggup datang upis aku which is menurut kawan aku, dia tak penah buat langsung, semata2 nak ajak makan sama. dia sedang mengayat aku la tu kan...hahaha...sampai satu hari, weekend kot, aku keja sorang di upis bernama. so...dia ajak lepak minum2, dan lepak upis dia...memandangkan aku pun sorang kat upis bernama, maka aku pun lepak jer la kat upis dia yang masih berpenghuni..lepas kengkawan ofis mate dia balik..tetiba dia datang kat aku...aku dah cuak wei..mana taknya..hanya dia dengan aku jer dalam upis tu..kalau kena tangkap, kes naya wei...nauzubillah betoi...tetiba dia tarik kerusi aku...dan kata nak sembang benda serius...dia tanya aku ni baru putus cinta ka?aku cam diam laa...dia cuba psiko aku, cam nak tahu kisah pedih aku...aku tak citer banyak, just cakap apa yang aku angankan tak jadi kenyataan. dia tanya aku sayang ka kat tunang tak jadi aku tu....tentulah aku jawab sayang...tetiba...dia kata bagi la dia peluang untuk ubati luka yang ada di hati aku ini..berilah dia peluang untuk wat aku bahagia..beri dia peluang untuk hapuskan air mata aku ...sambil melutut siottt...melututtt....aku tak tipu..tapi inilah hakikatnya..sambil melutut, sambil pegang tangan aku yang dok kat atas kerusi..nak tarik tangan tak leh dah..kuat dia pegang....aiyakk..masa tu aku pun menangis jugak laa...sebab aku tak tau, awat dia wat lagu tu...huuhu..bikin dalam hati ini gundah gulana...dia cakap, dia takkan paksa tapi dia akan buktikan yang dia boleh bahagiakan aku...ayomakk...apa nak wat nie...aku pun cakap dengan machonya, bagi saya masa....luka saya masih baru lagi...hahaha...ayat baekkk punya...since that day, dia memang berusaha sedaya upaya...aku nampak usaha itu...kawan2 aku pun nampak jugak...diskus punya diskus, pikir punya pikir...hati aku mengatakan, apa salahnya bagi peluang kalau dia betul2 mahu berubah...?tak salah kan...semua orang ada hak untuk berubah, dan aku masa tu sangat yakin dia akan berubah.dia dah insaf dengan tindakan lampau dia...maka aku jalani la kehidupan dengan memberi ruang untuk dia dalam hati aku...bila dah bersama, pastinya perasaan cemburu, tak puas hati, semua ada la kan...kan orang kata cemburu tandanya sayang...wakakaka....dia leh cemburu, takkan aku tak leh cemburu lak kan...so...kami kuar sama, tengok wayang, shopping dan sebagainya lah termasuk p asignment...heheh...

lepas setle general election 2008 yang menyaksikan selangor tewas ke tangan pembangkang...hehehe...aku pun balik ke kl..tapi hubungan kami masih berterusan cuma sedikit ketegangan sudah mula kelihatan. ada perubahan yang agak kurang menyenangkan hati aku..aku dah rasa masa hari2 terakhir aku kat shah alam lagi tapi aku andaikan ianya sebagai andaian aku saja. tapi aku ni kalau dah mengandaikan tu, ada tedetik tak sedap ati tu, biasanya...ada la yang tak kena tu...huhu....dia mula wat perangai...tepon tak jawab, mesej tak jawab...bila tanya...alasannya banyak keja la...tepon tinggal kat umah laa..huhu..reporter leh tertinggal tepon kat umah..satu benda penting....kalau cam kl tak pe rla tinggal dah malas nak balik amik, ni umah dia dengan upis, dekat je pun...kitorang pun dah jarang kuaq sama...dan selepas hampir dua minggu dia wat hal, aku pun ambush dia kat upis dia satu malam tu. memang tekad dah aku masa tu apa nak jadi, jadi la...terkujat badak dia bila tengok aku kat luar..aku memang tak masuk upis, sebab dia kata dia kat umah...satu di situ, dia dah tipu aku..huhuhu....so, bila dah terperangkap itu...maka terlerai lah ikatan kami..dengan alasan, dia tak leh terima cara aku...kita tak sefahaman...dia tak leh terima aku yang kuat cemburu...queen control...aiyookkk....uishh..kalau tak kerana aku masih sabar, memang dah aku sepak muka dia masa tu...hampeh..cakap aku queen control...????kalau cemburu...pompuan mana tak cemburu kalau boipren sendiri dok puji pompuan lain cantik...bila pompuan tu datang, siap tarikan kerusi suruh duduk kat sebelah....uishh..tapi aku tak tunjukla depan2 tu..malah aku siap lawak2 lagi...tak dak riak tak puas hati...tapi dia kata...aku buat perangai depan2 orang...adoi laaa...sedih woo..bila dituduh benda yang kita tak wat kan..lepas tu..aku pun balik dengan juraian ayaq mata laaa...dia siap pujuk aku...cakap dia sayang aku tapi dia tak leh nak terima cara aku...tak sefahaman...itu yang diulang2 nya...

aku balik nangis2, adik aku dah cuak..esoknya dia panggil la kawan aku, jumi dan kak ana datang umah...mata dah cam panda tak cukup makan..menangis dan terus menangis...sempat lagi aku hantar emel kat Y cakap yang aku akan ubah sikap aku kalau itu yang dia mahu...tapi lepas di pujuk oleh kawan2...akhirnya...sehari jer aku menangis bagai nak mampus...esoknya aku pulih...pulih la dari menangis sampai mata jadi panda tu kan...tapi hati berdarah siapa yang tahu..lepas kejadian itu, aku ingat dah setle laa...tup2 ada kisah lain pulak yang menjelma...ramai tahu aku dan Y dah putus...tapi kisahnya berbeza sekali....huhu...

rupa2nya diam2 dalam temph dia kawan dengan aku, dia ada bawak pompuan lain dan tunjuk kat kawan2 dan perkenalkan sebagai bakal isteri...huhuhu....aku tak tau hal ini..sampai ada sornag isteri kepada kawan2 kitorang tepon dan sembang dengan aku..tanya apa yang jadi antara aku dan Y. dari dia lah aku tahu....selepas dia memperkenalkan pompuan lain sebagai isteri dia, diorang pun tanya la apa hubungan Y dengan aku...dan Y jawab, hanyalah kawan biasa....aitt..bukan couple ke...uishh...mana ada laaa....habis yang keluar berdua selalu tu..tengok wayang la...shopping la....?ermmm....kawan biasa jer laaa...zu tu yang tergila2 kan saya....WTF...!!!masa tu memang sumpah seranah maki hamun semua kuaq dari mulut aku yang dah lama tak menyumpah orang....dia kata aku tergila2 kan dia....adoiii....semua kawan2 aku tau la jantan mana yang aku gilakan sangattt....!!!nasib la aku dengar dari mulut orang, kalau dia yang cakap depan aku lagu tu...makan penampaq penerajang aku dah Y ni...dan citer itulah yang tersebar meluas...dan satu lagi kisah...tengokla dating mana penah naik keta saya...naik keta zu jer...zu yang selalu ajak saya keluar...saya tak penah ajak dia pun....huhuhuhuhu....kejatuhan maruah aku tanpa dibela weiii...sewenang2nya maruah ku dihumbankan ke tanah....yang kenal aku rapat...diorang tahu cerita itu hanyalah rekaan semata2....yang kenal ala2 gitu....huhu...percaya bahawa akulah yang memang gila2 kan Y...hampeh betoii...

dan....layakkah Y mendapat kemaafan secara total dari aku....sedangkan dia tak penah mintak maaf pun dan tidak langsung merasakan apa yang dia buat itu sebagai satu kesalahan.....jadi...aku kena maafkan dia jugak ka...???sakit plak hati aku bila ingat kisah ini semulaaaaaa............................11.1.11...hari airmata bagi aku la kott..sebab teringat kisah lamaa...budusssss....!!!

P/S: ada fakta tambahan yang aku lupa nak letak....baru teringatt....huhu...kenapa bila kuaq dating tak naik keta Y...sebab Y kata keta dia ada masalah aircond...so kalau naik keta dia panas....dan tak selesa.....betul atau tidak...sebab aku naik keta dia sekali ja...dan alasan itu la yang diberikan...dan dia memang tak bukak aircond keta....so...betul la kot kan....tapi takkan la sampai dah enam tujuh bulan tak p pebaik2 kan....huhuhu


6 comments:

  1. jantan Y tu qojaq...bekpilah...hari ni dia wat kat anak orang...esok2 org wat kat anak dia...dak pon kat adik ka kak dia ka kan...bodos la itu jantan...tetiba aku tumpang hangin...*aku letak s kat belakang bodo pasai nak tunjukkan betapa bodo+++ jantan Y tuh*

    ReplyDelete
  2. apa aku leh kata....sendiri mau hengat la kan...huhu...aku tak mo la menyumpah kehidupan dia...cam aku kata la kan...aku tak sumpah hidup dia pun dah kira nasib baik la kan....huhuhu....tapi apa yang dia wat tu, meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku.....macam mana aku nak maafkan dia...

    ReplyDelete
  3. kuang ajaq no zue.... magkuk toi.... toksah maap la org cenggini... lg pun dia x minta maap pun kt hg kan... haishhhhhhhhh..........!!!!

    ReplyDelete
  4. tu la pasai...dia tak penah mintak maaf pun...so..??tak pa la kalau aku tak maaf kan dia kan....huhuhu.....

    ReplyDelete
  5. aku kenai jantan Y ittew....Aku dah pesan awal dulu lagi melalui sahabat2 di shah alam yang lainnya...tapi pada waktu itu siapalah aku untuk hang mendengar nasihat kan...sesal pun dah tak berguna dah zue..hidup mesti diteruskan..tapi pedulikkan sama itu Y...biarkan allah membalas semua perbuatan buruk dia....

    ReplyDelete
  6. aku mula2 memang mendengar nasihat dari rakan2 di sana....tapi weii....dia pelakon hebat wooo...cara kesungguhan yang dia tunjukkan tu...semua orang pun leh cair...huahahaha...hampeh betoii...aku pun bangang jugak masa tu....mula2 dengaq...lama2 cam tertewas jua.....aku silap dalam penilaian sendiri ......

    ReplyDelete