Aug 14, 2010

Ramadhan kali ini...

ada satu yang hilang di dalam hati ku,
mengusik lara hati saat menginginkan mu
telah pun luruh jiwa ku sejak kau pergi,
dan aku hanya diam biarkan kau menghilang
dan untuk selamanya...(Pelangi Kehidupan-OST Qalesha)

Ramadhan atau bulan posa (bahasa orang kampung), kali ni jauh bezanya dari dua tahun sebelumnya. bulan posa kali ni, aku tanpa si dia....yang telah ku relakan dia melangkah pergi kepada yang lebih berhak dan yang sedang menghulurkan tangan bersama segunung harapan....

Membuat keputusan melepaskan insan yang kita sayang bukan satu tindakan yang mudah untuk dilakukan apatah lagi dalam keadaan kewarasan tanpa api amarah....jelas aku tidak marah apabila melihat bahan bukti...mungkin sebab hati dah remuk redam sangat...aku juga tidak mengalirkan air mata di saat ku lafazkan kata perpisahan...aku dapat merasakan betapa kentalnya aku masa tu...masa tu laaa....hehehe....

Sebenarnya, bukan aku egois bukan aku tak dak perasaan sayang padanya....aku sendiri tidak tahu apa perasaan aku ketika itu...cuma yang paling pasti, aku mau undurkan diri dan lepaskan si dia bersama cinta barunya....bukan aku tak sayang tapi kerana sayang itulah aku lepaskan si dia kepada insan yang mula bertakhta di hatinya...mcm yang orang selalu cakap, menyayangi seseorang tak semestinya kita memiliki....bagi aku, menyayangi seseorang juga adalah untuk melihat orang yang kita sayang itu bahagia....dan jika dia memilih bahagia bersama insan lain, lebih baik aku undurkan diri sahaja...aku bukan nak jadi heroin drama, sanggup berkorban demi insan tersayang, tapi ini dunia realiti....memang jenis aku, takkan sekat jika sekiranya si dia ada teman baru....lafaznya dia sangat sayangkan aku, ya, aku tahu, aku akui dan aku dapat rasai...tapi itu dulu...kalaupun betul dia amat sayangkan aku...kenapa perlu ada insan lain....ya betul dia amat bahagia dengan aku, tapi kenapa perlu ada orang lain....kalau betul dia masih perlukan aku, kenapa dia tak tinggal buah hati barunya, kenapa perlu ada dolak-dalih, kenapa perlu masa....KERANA SI DIA SUDAH JATUH CINTA DENGAN BUAH HATI BARUNYA....

Dan...kalau pun aku teruskan jua, dia belum tentu milikku mutlak, kerana dia juga milik orang lain....natijah kepada kejadian ini, aku mula yakin pada hukum karma....dan juga Allah tak tunggu lama, Dia bagi cash kat aku...aku amik yang orang punya....orang pula amik yang aku punya....so....aku bersyukur kerana Allah berikan natijahnya kepada aku sekarang....supaya aku kembali sedar, aku hampir merampas kebahagiaan kaum ku sendiri...Ya Allah, sungguh ku bersyukur kerana menyedarkan aku dari terus tersesat dan melakukan kesilapan besar dalam hidup....

Dan...tipulah kalau aku tak ingatkan si dia mahupun muncul rasa rindu di hati....apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini...syahdu di hati sentiasa hadir....apatah lagi kawan2 pula sibuk berbuka dengan 'si dia' masing-masing....memang sedikit kehilangan aku rasai dalam Ramadhan tahun ini, tapi aku tak mungkin berpatah balik dengan keputusan yang telah aku buat...aku tahu, si dia kini sedang berbahagia dan aku akan sentiasa mendoakan si dia agar terus berbahagia....

Dan Ya Allah, aku juga mendoakan kebahagiaan buat diri ku, keluarga ku, sanak saudara ku dan juga kawan2 ku......Aminnnn.....

p/s: jangan ada yang terkujat dah la bila baca entry ni....


8 comments:

  1. kui kui kui.....sedap nama blog hang.

    aku mula menulis sebab aku byk 'menjeruk perasaan. Aku tak pandai nak bercerita, bila aku dah mengamuk bru semua keluar dan biasanya aku mengamuk bila dah tak tahan sgt. byk cerita pedih yg aku simpan, org nampak aku kuat, gagah, tabah,......tp org tak tau bila aku gheyau sorang2 dlm gheta, bila aku gheyau masa mandi....semua tu org tak nampak.

    so aku menulis, tak dak niat nak buat 'hebahan' tp sekadar cerita kedai kopi.... la ni ada kengkawan yg baca n bg nasihat. aku makin seronok. dan rasa relax skit. muka pun taklah ketat sgt dudududu

    ReplyDelete
  2. hahaha.....hang jangan tak tau...aku nampak cam rock kan...tapi hati mak kuntom la nyahh...hahaha...aku pun sama..takkan aku nak tayang kat semua orang yang aku sedih...orang pun penah cakap, tengok pix aku dalam fb semua aku ghenyeh jaa..nampak aku happy....ya la...takkan aku nak habaq kat semua orang, aku putuih cinta, aku tensen dengan keja, aku geram dengan si polan dan si polan kannn....soo...aku banyak nangis jugak...dan selebihnya tulih dalam buku yang aku panggil diari...hehehe....cuma..bila aku baca blog2 ni, sebenarnya seronok jugak berkongsi dengan kengkawan...lagi2 kengkawan asmarian yang aku jumpa balik..walaupun sampai form3, tapi aku rasa aku kawan dengan depa lama gilaaaa....diorang sangat supportive, depa mai masa aku sangat alone gitu...aku pun bukan pandai nak main kata2...mungkin masa ni...aku dalam keadaan yang masih stabil gitu....sok..dah sampai tak stabil tu, boleh la hang nak baca plak lagu mana....hahaha....anyway, thanx for the support, ingatkan tak dak orang nak melawat....kenapa pekasam goreng, ianya makanan kegemaran, sedap di makan, dan sapa yang ada resdong, merana la sket kan...hahaha...

    ReplyDelete
  3. zue... sabaq bnyk2 naih... sayangailah org yg menyayangi diri kita... klu dia tu syg hg sure dia dh tgal kekasih baru itu kan... setiap kejadian ad hikmah disebaliknya... sabaq & tawakkal bnyk2 k.... sure hg akn bertemu dgn insan yg lebh baik dr dia...

    ReplyDelete
  4. sue, thanx atas kata2 semangat yang diberikan..tapi jangan risau...sekurang2nya..dengan keputusan berani yang aku wat, aku terlepas dari beban menanggung kesalahan merampas hak orang lain...dan terselamat daripada berhadapan dengan celaan atau gelaran yang aku akan dapat ..digelar 'perampas' _ _ _ _ orang....huhuhu..jenuh nak tanggung tuuu....jangan risau...aku okayy....

    ReplyDelete
  5. tu la... x sanggup bila digelar "perampas".... nauzubillah......

    ReplyDelete
  6. huhuhu....aku nak elakkan ituuu...tak sanggup walaupun hakikatnya aku bukan rampas..aku kongsi jer...hahaha..giler kan....diorang yang cari aku....aku tak cari depa pun....kesian la aku....

    ReplyDelete
  7. aku pon cuma kongsi saja laki aku ngan family dia...tapi rasa depa macam tak suka berkongsi saja...nasib aku lah kot...

    ReplyDelete
  8. berkongsi dengan family dia tak pa wei...dah la kena kongsi dengan family..kena lagi kongsi dengan family yang satu lagi....huhu....kes naya...kalau dapat kapal yang okay tak pa...ni kapal pun asyik nak belah aku yang sampan ni...susah la jugak...hahaha....huishh...mintak dijauhkan....kalau boleh aku nak satu kapal satu nakhoda...sudah laaa....

    ReplyDelete