Jul 20, 2013

Dia

Dia... hadir lagi dalam hidup aku... menghiasi hari-hari ku... membawa sinar kebahagiaan yang dah lama aku tak rasa... Dia... membuat aku jatuh cinta... membawa aku terbang sangat tinggi... mula memasang angan dan mimpi... Dia... kemudiannya membuatkan aku terkapai-kapai sendiri... mencari di mana silapnya lagi... menyebabkan aku terhempas hingga menjadi keping-kepingan...berderai... Ya Allah... syukur ku panjat pada Mu kerana menemukan aku dengan dia... membuka hati ku untuk dia... mendapat restu dari ayahanda dan bonda... tapi kenapa akhirnya dia menjauh dari ku tiba-tiba... Aku mohon padaMu....tabahkan lagi hati aku ini yang sering kali luka.... tabahkan diri aku ini untuk merawat sendiri parut yang berdarah... Terima kasih kerana kau beri aku bahagia...walau seketika... Kau yang pertama menyentuh perasaan ku dengan caramu tersendiri... Kau buat aku jatuh hati....dan kini kau buat aku jatuh terjelepok bagai kain buruk... Maafkan aku..kerana aku sayang kamu....

No comments:

Post a Comment